Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Thursday, June 6, 2013

Majlis Pengkhataman Kutub Sab'ah dan Isra' Mikraj


Seremban 6 Jun 2013 - Yayasan Sofa dan Sofa Education Group (SEG) telah berjaya menganjurkan program Majlis Pengkhataman Kutub Sab'ah dan Isra' Mikraj yang diadakan di Masjid Negeri,Seremban.Program ini telah berlangsung bermula dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam dan semua pelajar di bawah SEG diwajibkan hadir.Pelajar-pelajar yang hadir ke majlis terdiri dari pelajar STIAS Rembau,STIAS Sikamat,STIAS Seremban dan Kolej Islam AS-sofa (KIS).Orang ramai turut hadir dalam majlis ini bagi memeriahkan lagi majlis.








Program bermula selepas solat Maghrib dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis,setertusnya persembahan qasidah oleh pelajar STIAS dan KIS.Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan pengkhataman Kitab-kitab hadis oleh para pelajar.




Untuk pengetahun pembaca,majlis ini telah dihadiri oleh ulama' besar iaitu  Syeikh Dr Sayyid Nafi' Al-Arabi dari Mesir,Syeikh Sayyid Nu'man Al-Arabi dari Libya,Syeikh Dr. Sayyid Abdul Mun'im Al-Ghumari dari Maghribi dan Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-maliki.

Selesai pengkhataman kitab-kitab hadis,majlis seterusnya menjemput Syeikh Dr. Sayyid Abdul Mun'im Al-Ghumari untuk memberikan ucapan dan mengijazahkan sanad pembacaan hadis kepada semua penuntut ilmu yang hadir pada malam tersebut.Ucapan juga turut disampaikan oleh  Syeikh Dr Sayyid Nafi' Al-Arabi dan Syeikh Sayyid Nu'man Al-Arabi dan masing-masing mengijazahkan sanad hadis.


Syeikh Dr. Sayyid Abdul Mun'im Al-Ghumari sedang memberikan ucapan