Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Thursday, June 6, 2013

Majlis Perasmian Bayt Al-Hikmah


Majlis Perasmian Bayt Al-Hikmah

Seremban 5 Jun 2013 - Yayasan Sofa dan Sofa Education Group (SEG) telah berjaya menganjurkan program Majlis Perasmian Bayt Al-Hikmah yang diadakan di Kompleks Yayasan Sofa.Program ini telah berlangsung bermula dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam dan semua pelajar di bawah SEG diwajibkan hadir.Pelajar-pelajar yang hadir ke majlis terdiri dari STIAS Rembau,STIAS Sikamat,STIAS Seremban dan Kolej Islam AS-sofa.

Para pelajar Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) Rembau mula bertolak ke Kompleks Yayasan Sofa seawal jam 4.50 petang.Sebanyak 10 buah bas telah disewa oleh pihak sekolah untuk membawa para pelajar ke program tersebut.




Setelah sampai di Kompleks Yayasan Sofa,para pelajar bersama dengan para hadirin memulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-quran secara beramai-ramai hingga jam 7 malam seterusnya menunaikan solat Maghrib secara berjamaah.



Majlis kemudian menyambut kehadiran tetamu kehormat Ulama' Islam iaitu Syeikh Dr Sayyid Nafi' Al-Arabi dari Mesir dan Syeikh Sayyid Nu'man Al-Arabi dari Libya dan Dato' Syeikh Muhammad Fuad masuk ke dalam dewan.

Majlis seterusnya dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan alunan Qasidah dari pelajar-pelajar di bawah SEG diikuti bacaan kitab Al-Isra' Wa Al-Mikraj.



majlis kemudiannya menjemput Syeikh Dr Sayyid Nafi' Al-Arabi,Syeikh Sayyid Nu'man Al-Arabi dari Libya dan Dato' Syeikh Muhammad Fuad untuk memberikan tausiah kepada para hadirin seterusnya berlangsunglah perasmian perpustakaan Bayt Al-Hikmah.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan Alhamdulillah pelajar STIAS Rembau selamat pulang ke sekolah pada jam 12.30 tengah malam.Walaupun keletihan tetapi jelas tergambar kepuasan dan keseronokan d wajah para pelajar.