Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Monday, June 10, 2013

As-Sofa semarak usaha sebar hadis Nabi Muhammad SAW


SEREMBAN 7 Jun - Usaha meningkatkan syiar Islam di negeri ini terus diperhebatkan menerusi penganjuran Pengkhataman Enam Kitab Hadith Muktabar (Sunan Sittah) yang dilangsungkan di Masjid Negeri, dekat sini malam tadi.

Majlis anjuran bersama Kumpulan Pendidikan As-Sofa dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dihadiri lebih 2,000 umat Islam itu adalah sempena sambutan Israk Mikraj.

Majlis itu turut dihadiri tiga ulama terkenal Mesir dan Maghribi iaitu Sayyid Nu'man al Arabi as Sanusi; Dr. Sayyid Nafi' al Arabi as Sanusi dan Syeikh Dr. Abd. Mun'im Abdul Aziz al Siddiq al Ghumari, yang turut memberikan ijazah pengkhataman pembacaan kitab muktabar berkenaan.

Menurut Ahli Majlis MAINS, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludik Al Maliki, pengkhataman kesemua enam kitab hadis muktabar itu membuktikan bahawa usaha menyebarkan hadis sebagai rujukan ilmu terus giat dilakukan.

Jelasnya, ia juga merupakan usaha menghidupkan sunah Nabi Muhammad SAW menerusi pembacaan kitab yang dilihat sudah semakin dilupakan oleh sebahagian umat.

"Majlis ilmu seperti ini sudah semakin dilupakan oleh sebahagian umat Islam ketika ini dan lebih dari itu ada yang mengatakan ia sekadar bacaan sampingan dan bukannya bacaan, penghayatan yang menjadi keutamaan," katanya di Masjid Negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Shukor Sabudin; Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamaruddin dan Yang Dipertua Yayasan Sofa, Abdullah Abdol Razak.

Beliau yang juga Presiden Kumpulan Pendidikan As-Sofa berharap program seperti itu dapat diteruskan bukan sekadar untuk masa tertentu, sebaliknya dihidupkan sepanjang masa termasuklah di institusi agama di negara ini.

"Jika ia dapat dilakukan, saya yakin bahawa usaha mengangkat darjat sunah Nabi Muhammad SAW ini dapat dilakukan sebagai salah satu tanggungjawab umat Islam untuk meletakkan hadis di tempat yang sebaiknya," jelas beliau.

Majlis ilmu yang dianjurkan oleh Kumpulan Pendidikan As-Sofa ini berlangsung selama lima hari sejak Rabu lalu dan berakhir Ahad ini.




© Utusan Melayu (M) Bhd