Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Tuesday, December 22, 2009

SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA, NEGERI SEMBILAN



Di sebelah ini merupakan penasihat Sekolah Tinggi Islam As Sofa."Sheikh Muhammad Fuad Fuad bin Kamaludin al Maliki". Beliau merupakan pengasas kepada sekolah ini.                                          

Falsafah Sekolah Tinggi Islam As Sofa ialah 'Membentuk ilmuwan islam yang profesional, bertakwa dan terbilang'.
Objektif penubuhannya ialah :
•Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama islam
•Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai bahasa arab dan ilmu-ilmu islam
•Membentuk akhlak pelajar yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama ahli’ sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil.
•Menjana intelektual muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
•Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar al Quran dan as Sunnah Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuwan Islam yang profesional dan berwawasan.

Pengajian yang disediakan :

•Tingkatan 1, 2 dan 3 (I’DADI)
•Tingakatan 4 (THANAWI 1)
•Tingkatan 5 (THANAWI 3 DAN STAM)

Kelebihan Sekolah Tinggi Islam As Sofa :

•Pengajian ilmu yang meluas
–Pengambilan ilmu secara talaqqi
–Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab
–Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan sanad dan ijazah
•Hafiz al Quran
–Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz
•Kemahiran berbahasa
–Bahasa melayu, bahasa arab dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.
•Penterjermahan
–Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku
•Program bersama Ulama’ Dunia Islam
–Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari timur tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke STIAS
•Sistem pentadbiran mengikut Salafussoleh
–Pelajar ditarbiahkan membudayakan akhlak salafussoleh dan mempratikkan amalan-amalan sunat secara konsisten dan sistematik
•Peluang melanjutkan pelajaran
–Pelajar yang berjaya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara seperti Mesir, Yaman, Syria dan sebagainya.
•Tenaga pengajar
–Tenaga pengajar yang berkelulusan dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi (waktu pejabat 9-4.30 petang) :


Ust Ummi Nathrah 019 6554409
     (waktu pejabat 9-4.30 petang)
Ustaz Hanif 017 677 5431                   ( waktu pejabat 9-4.30 petang)
Pejabat Sekolah 06 445 0419             (waktu pejabat 9-4.30 petang)
Faks Sekolah 06 445 0363
Masa operasi pejabat sekolah : Isnin- Khamis (9-4.30 petang)
                                                       Jumaat   (9-12.30tengahari)

1 comment :

  1. Saya baru tahun 6.Saya bercita-cita untuk memasuki sekolah ini.Ibu saya kata "kalau along dapat masuk sekolah ini, nescaya along akan belajar ilmu dunia dan akhirat" Saya ingin melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI AL-AZHAR di Mesir dalam bidang KEDOKTORAN ISLAM.

    ReplyDelete