Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Monday, December 21, 2009

PENDAFTARAN DARUL AL QURAN & AL HADITH MASIH DI BUKA

DAR AL QURAN DAN AL HADITH merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadikan hafazan al Quran dan hadith Nabawiyyah sebagai mata pelajaran teras. Para pelajar akan turut diajar ilmu-ilmu diniyyah dan bahasa arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang terdapat di negara Timur Tengah seperti Makkah, Yaman, Syria dan Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajian mereka. Tanpa meminggirkan mata pelajaran akademik, sekolah ini juga menyediakan peperiksaan SPM dan STAM sebagai persediaan bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Syarat Kemasukan
1. Lelaki / Perempuan
2. berumur 13 tahun (sekurang-kurangnya UPSR 4A atau 5A)
16 tahun (menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk al Quran dan mempunyai asas bahasa
Arab)
3. Boleh membaca Al-Quran dan menulis jawi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi (waktu pejabat):
Ustaz Zul 013 489 9676
Puan Nik 019 3894 019
tel Pejabat 06 445 0419
faks 06 445 0363
Masa Pejabat :  Isnin - Khamis 9 - 4.30 petang
                         Jumaat            9 - 12.30 tengahari 
                         Sabtu dan Ahad : Pejabat Tutup
alamat:
Dar Al Quran & Al Hadith
km 35, Jalan Seremban Tampin,
71350 Kota,
Negeri Sembilan

0 comments :

Post a Comment