Baru- baru ini pihak Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) telah berpeluang menemubual bekas pelajarnya sendiri. Mu’az atau nama sebenar beliau Muhammad Mu’az Malizan, 20 tahun kini sedang giat melanjutkan pelajaran di peringkat A level di INTEC EDUCATION COLLEGE, SHAH ALAM, SELANGOR.
Mu’az yang mendapat keputusan cemerlang 12 A diperingkat
SPM, 2012 telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang SAINS
AKTUARI. Bidang sains aktuari bukanlah
bidang yang mudah kerana ianya memerlukan seseorang yang mahir dalam ilmu
stastistik dan matematik.
Bagi makluman semua, sains aktuari merupakan suatu bidang
yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program
kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko
dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan
berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen. Maklumat lanjut mengenai bidang ini boleh
diperolehi di laman web sesawang berikut
(http://www.ukm.my/PSA/KENALAKTUARI.htm)
Walaupun
ianya suatu bidang yang sukar, tetapi Mu’az merasa bersyukur kerana berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang tersebut. Apa yang lebih membanggakan, beliau turut
mendapat keputusan cemerlang di peringkat International Advanced Level baru-baru
ini. Ini termasuklah dalam subjek seperti matematik, stastistik dan fizik.
![]() |
Keputusan cemerlang yang diperolehi bagi International Advanced Level |
Kehidupan
yang dilalui sebelum ini selama 4 tahun belajar di STIAS telah berjaya
membentuk dirinya menjadi insan yang cemerlang. Walaupun ketika itu jadual
seharian dipenuhi dengan kelas dan aktiviti sekolah, namun itu tidak mematahkan
semangat beliau untuk lebih berusaha. Apa yang penting menurut beliau, sebagai pelajar kita perlu mengamalkan belajar
berkumpulan. Selain memperbanyakkan latihan dan menjaga amalan kita sebagai Islam. Sifat
putus asa harus dijauhkan sebaliknya percaya Allah sentiasa menentukan yang
terbaik.
![]() |
Gambar kenangan bersama keluarga: Mu'az paling kiri |
Ketika
ditanya negara yang menjadi pilihannya untuk melanjutkan pelajaran, Mu’az
berkata buat masa kini beliau mahu menumpukan dulu soal pembelajaran. Ini
kerana beliau mempunyai kontrak biasiswa bersama JPA untuk bekerja di Malaysia
selepas tamat belajar. Syabas dari STIAS!
0 comments :
Post a Comment