Terima Kasih kepada pihak akhbar yang sudi memuatkan kisah kami bersama dengan sekolah2 hebat yang lain.
Kami membawa nama Ahli Sunnah Wal Jamaah,kami cuba menghidupkan budaya ilmu yang semakin ditelan zaman,kami bersaing dengan mereka yang telah lama maju ke hadapan.
Justeru,kami bangga dengan anak-anak didik STIAS,kerana anak-anak STIAS tidak tertinggal dari sudut ilmu AGAMA yang semakin hari semakin dilalaikan.
Anak-anak STIAS,
bacaan Al-Quranmu,amalan-amalan dari pagi ke malammu,telingamu yang mendengar hadis-hadis nabi dan kalam Masyayeikh,kurikulum agama yang disadur dalam pengajian harianmu itu cukup membanggakan dan mampu membuatkan ibu-bapamu bahagia di akhirat kelak.
Imbangilah ilmu dunia dan ilmu akhiratmu duhai anak-anak, kerana orang yang ingin berjaya di dunia tidak boleh sama sekali melupai akhirat.Bahkan orang yang menginginkan kehidupan abadi di Syurga ALLAH pun tidak boleh meninggalkan ilmu dunia.
Duhai anak-anak,pesan pengasas STIAS Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Maliki mesti disemat ke dalam hati "nama sekolah kita adalah Sekolah Tinggi Islam As Sofa.Kita membawa satu nama yang agung iaitu ISLAM!maka sepatutnya kita boleh berjaya dalam ilmu agama mahupun ilmu akademik.Bukakan mata dan sedarkan orang yang memandang rendah kepada ISLAM!Kalau orang lain boleh berjaya dalam bidang profesional,maka kamu semua pun mesti boleh berjaya seperti mereka!
Alhamdulillah,sentiasa bersyukur untuk terus mengorak langkah ke hadapan.Doakan kejayaan STIAS untuk terus maju ke hadapan.