Membentuk Ilmuwan Islam Yang Profesional Dan Bertaqwa

Marilah bersama kami melahirkan ilmuan islam yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan islam sejajar dengan Al-quran dan As-sunnah

Membentuk Ilmuwan Islam Yang Profesional Dan Bertaqwa

Marilah bersama kami melahirkan ilmuan islam yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan islam sejajar dengan Al-quran dan As-sunnah

Membentuk Ilmuwan Islam Yang Profesional Dan Bertaqwa

Marilah bersama kami melahirkan ilmuan islam melalui pendidikan berkualiti berlandaskan Al Quran dan Sunnah

Membentuk Ilmuwan Islam Yang Profesional Dan Bertaqwa

Marilah bersama kami melahirkan ilmuan islam melalui pendidikan berkualiti berlandaskan Al Quran dan Sunnah

Kumpulan Pendidikan Sofa ( SEG )

Mari bersama kami mengangkat pendidikan berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Friday, July 19, 2013

Perjumpaan 3 Penjuru 19 Julai 2013 Jumaat


Alhamdulillah,perjumpaan 3 penjuru telah berjalan dengan lancar pada 19 Julai hari Jumaat,STIAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu-bapa kerana telah hadir untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang anak-anak.Setiap pandangan dan komen yang diberikan oleh ibu-bapa akan kami teliti dan lakukan perubahan insyaallah.Disertai di sini lampiran untuk tatapan dan perhatian ibu-bapa beserta sedikit gambar kenang-kenangan sepanjang hari 3 penjuru berlangsung.




































Tuesday, July 16, 2013

JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN PENDIDIKAN SOFA,NEGERI SEMBILAN

KUMPULAN PENDIDIKAN SOFA,Negeri Sembilan merupakan sebuah organisasi induk bagi institusi-institusi pendidikan yang bernaung di bawahnya iaitu :-

1.KOLEJ ISLAM SOFA (KIS)
2.SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA (STIAS) REMBAU,SEREMBAN.
3.DAQWAH SENAWANG.
3.SEKOLAH RENDAH HARIAN AS SOFA SEREMBAN.

KUMPULAN PENDIDIKAN SOFA,Negeri Sembilan, mempelawa individu yang komited dan berdedikasi untuk menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. Guru Bahasa Arab
2. Guru Agama/Diniyyah 
3. Guru Akademik ,(Matematik & Bahasa Inggeris) 
4. Kerani (Pentadbiran) (2 kekosongan)
5. Pengawal Keselamatan (4kekosongan)

Calon-calon yang mempunyai pengalaman akan diberi keutamaan,

Kelulusan : Diploma , Kerani pentadbiran
Kelulusan : Ada Sijil Tahfiz ,Guru Agama/Diniyyah
Kelulusan : Diploma & Ijazah, Guru Akademik 
Kelulusan :  SPM & Sihat Tubuh Badan, Pengawal keselamatan

Keperluan segera!Sebarang pertanyaan sila hubungi bahagian pentadbiran.(Puan Fatin / Puan Erda / ku azly): 06-7626691/06-7750203 

Sila emailkan resume anda ke: ysofa@yayasansofa.com
                                           : ffatinccd@gmail.com

Tarikh tutup permohonan : 31 Julai 2013
Lokasi : Seremban

sekian terima kasih 

SUMBANGAN IHYA' RAMADHAN DAN TAHLIL ARWAH RAMADHAN 1434H

Assalamualaikum...

Pihak STIAS mengajak ibu-bapa dan penjaga yang ingin bersama-sama memohon sumbangan bagi melengkapkan program Ihya' Ramadhan STIAS 1434H agar program sepanjang bulan ramadhan ini dapat berjalan dengan lancar .

Sumbangan juga boleh diberikan dalam pelbagai bentuk samada wang tunai,makanan atau apa-apa yang boleh memberikan manfaat kepada para pelajar.

Bagi tahlil arwah,warga STIAS akan bersama-sama membacakan yasin dan tahlil serta khatam Al-Quran yang dikhususkan nama arwah yang diberi.

Berikut kami lampirkan surat permohonan dan juga keratan maklum balas sumbangan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan Tuan / Puan boleh hubungi kami di talian:

Puan Siti Salwa Bt Ab Hamid: 06-438 3707/019-6929019

Sekian, terima kasih.



PERJUMPAAN TIGA PENJURU



Untuk makluman ibu-bapa dan penjaga

Jumaat 19 Julai 2013 : Perjumpaan tiga penjuru dan pulang ke rumah



Saturday, July 13, 2013

KEKOSONGAN JAWATAN GURU BAHASA ARAB DAN GURU DINIYYAH JULAI 2013

Sekolah Tinggi Islam As Sofa,Rembau,Negeri Sembilan di bawah naungan Kumpulan Pendidikan Sofa mengajak individu yang komited dan berdedikasi untuk menyertai kami mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. Guru Bahasa Arab
2. Guru Agama/Diniyyah

Keperluan segera ! Sila datang ke pejabat STIAS Rembau untuk temuduga terbuka jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Sebarang pertanyaan sila hubungi bahagian pentadbiran

Puan Salwa : 06-4383707/019-6929019

resume boleh di email kan ke maahadassofa08@gmail.com

Tarikh tamat temuduga terbuka pada 31 Julai 2013.

Sekian,terima kasih.

Thursday, July 11, 2013

KEKOSONGAN JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN JULAI 2013

Kekosongan Jawatan :-

Pengawal Keselamatan lelaki/perempuan diperlukan dengan kadar segera untuk bertugas di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) Seremban dan Senawang.

Sila hubungi 06-7626691 atau 06-7750203 (Puan Irda/Puan Fatin)

Wednesday, July 10, 2013

PERUTUSAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah,tuhan pentadbir sekalian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan jalan kebenaran dan cahaya islam.

Tahniah kepada semua umat islam khususnya ibu-bapa serta penjaga dengan kedatangan Ramadhan yang dijanjikan di dalamnya pelbagai ganjaran dan keistimewaan.

Di kesempatan Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu-bapa serta penjaga di atas keprihatinan, sumbangan, dokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah demi kelangsungan pendidikan anak-anak.

Sepanjang bulan yang mulia ini,pelbagai aktiviti telah kami aturkan untuk anak-anak STIAS agar mereka dapat menghayati Ramadhan ini dengan penuh keinsafan. Kami amat berbesar hati sekiranya ibu-bapa serta penjaga dapat mematuhi tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan seterusnya anak-anak tidak terganggu dengan kelangsungan aktiviti tersebut.

Akhirnya, selamat meneruskan ibadah dan semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yang sangat mulia,iaitu malam Lailatulqadar. Semoga diberi kesihatan, dipanjangkan usia dalam iman,dimurahkan rezeki dan dapat berhimpun dengan anak-anak bila menjelangnya Aidilfitri nanti.

Sekian,wassalam.

Pengetua,
Datin Yusmawati Binti Kamaluddin

Wednesday, July 3, 2013

Tazkirah sempena menyambut kehadiran Bulan Ramadhan yang mulia

Assalamualaikum

SIDANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI DAN DIRAHMATI ALLAH;

Terlebih dahulu saya ingin berpesan dan mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua. Marilah kita bersama bersyukur dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya  kita dapat sekali lagi menyambut ketibaan Ramadhan  yang pada awalnya Rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merdeka atau bebas dari api neraka.
Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan”.
SIDANG PEMBACA YANG BERBAHAGIA,

Renungkanlah, bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedang di bulan Ramadhan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantaikan dan dibelenggukan, umpat mengumpat misalnya menjadi perbualan mulut, kata-kata  kesat masih meniti di bibir-bibir mulut. Malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa. Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan dan kemaksiatan.

SAUDARA MUSLIMIN,

Ramadhan ialah perkataan Arab dari kata dasar ‘Ramadha’ yang membawa dua pengertian :

Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan taqwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan  Jazirah Arab atau kepulauan Arab berada dalam keadaan yang bergitu panas dan bahang.

Kedua: Ada yang mentafsirkan kelebihan Ramadhan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosa manusia yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“ Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadhan  dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu”.
Riwayat Bukhari dan Muslim.

 Namun bergitu maksud yang tersirat hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui. Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan melebur dosa-dosa dan kesalahan harian disamping penghidupan kita.


KAUM MUSLIMIN SEKALIAN,

Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian,  ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga akan memfardhukan  ibadat puasa meskipun keyakinan jiwanya berlainan.

Hikmat puasa dari sudut rohani boleh juga menguatkan keperibadian,meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohani yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum,nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela , caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu.

Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang bangsa Jerman bernama James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa. 
Katanya untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah dijadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Justeru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan. Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kebersihan bertepatan dengan kata-kata seorang hukamak yang bemaksud:

“Maiddah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok daripada segala ubat”  
 Imam Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: Manakala maiddah atau perut  besar seseorang ini biasa penuh, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan solat

Penjelasan daripada Imam Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau  penderaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun .Ada yang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini  memang kumpulan kecil yang perlu dikenalpasti  dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah s.w.t. telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat allah s.w.t. pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang baik untuk kejadiaanya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut.

KAUM MUSLIMIN SEKALIAN,

Demikian juga rahsia puasa dari sudut kemasyarakatan iaitu dapat memupuk perasaan rahmah dan belas kasihan terhadap fakir miskin, anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang bernasib baik kerana orang-orang kaya akan dapat merasai sama perasaan apa yang dirasai oleh fakir miskin dan penderitaan mereka. Dalam hal ini orang-orang beriman dan bertaqwa akan tersentuh perasaan mereka untuk berkasih sayang serta menolong orang-orang yang tidak berkemampuan yang sering kali merasai kelaparan, Nabi Allah Yusuf a.s. walaupun baginda mengetuai khazanah harta kekayaan negara Mesir pada ketika itu, ada orang bertanya kepada baginda yang bermaksud: “Kenapakah tuan berpuasa ? sedangkan tuan merupakan pengerusi pembekalan negara”. Baginda menjawab: “Aku bimbang kiranya aku kaya dan perut kenyang tetapi lupa kepada orang yang bernasib baik”.   

WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU,

Budaya dan tabiat boros ketika berbelanja juga menggambarkan seolah-olah umat Islam di negara kita lebih cenderung untuk berhari raya daripada berpuasa. Adadi kalangan mereka beberapa bulan sebelum tiba Ramadhan mereka telah membelanja sejumlah wang yang banyak untuk membeli belah secara berlebih-lebihan sebagai persiapan menyambut hari raya. Amalan ini patut dielakkan kerana tidak menepati dengan kehendak Islam, dalam Islam yang lebih diutamakan ialah penghayatan Ramadhan terlebih dahulu bukannya hari raya. Justeru itu kita disunatkan berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban sebagai latihan dan persiapan menghidupkan Ramadhan dengan amalan-amalan kebajikan .

Kita harus menghormati Ramadhan sebagai perkara pokok dan bukannya sampingan. Kita bimbang juga cara begini diamalkan. Tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang tidak mengenali bulan Ramadhan, tidak mengenal keistimewaan dan keberkatannya. Firman Allah yang bermaksud: “wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah ke atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang beriman”.  


Marilah kita bersama berazam dan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di sepanjang bulan yang penuh kemuliaan dan keampunan ini. Janganlah dibuang kesempatan ini kerana tidak ada siapa yang boleh menjamin bahawa kita akan hidup lagi esok hari melainkan dengan izin dan kasih sayang Allah Taala.
Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Pertandingan Akhir Qasidah Kebangsaan 2013

Putrajaya 29 Jun 2013 

Tahniah kepada Kumpulan Al-Ikhwah Al-Husainiah telah dinobatkan sebagai naib juara bagi pertandingan tersebut . Naib Juara membawa pulang hadiah sebanyak RM4,000 beserta sijil penyertaan.