Shah Alam 23 Jun 2013 - Pihak sekolah telah menghantar dua kumpulan iaitu Al-Ikhwah Al-Hasaniah dan Al-Ikhwah Al-husaniah untuk menyertai Pertandingan Qasidah peringkat saringan 2013 anjuran NADI Malaysia,Yayasan Restu,JAKIM dan lain-lain lagi.
Para pelajar dan dua orang guru pengiring mula bertolak dari Rembau Ke Shah Alam seawal Jam 9.30 pagi.Perjalanan ke Shah Alam agak terganggu dengan jerebu yang kini melanda beberapa negara asean.Lebih kurang jam 11.40 pagi,Mereka sampai di Kompleks Taman Seni Yayasan Restu.Dapat dilihat di dewan tersebut,ramai pengunjung yang hadir untuk memeriahkan majlis.Antara yang menarik di kompleks tersebut ialah pameran,replika jubah Nabi Adam A.S dan tarikan utama hadirnya pengunjung ke sana ialah pertandingan qasidah itu sendiri.
kedua-dua kumpulan yang mewakili STIAS ini telah mendaftarkan diri pada jam 12.30 tengahari.Bermula jam 2.00 petang pertandingan pun bermula.Untuk pengetahuan semua,pertandingan ini telah berjalan seawal jam 9.00 pagi.Kumpulan-kumpulan dibahagikan kepada beberapa sesi kerana penyertaan yang diterima amat menggalakkan dari peringkat sekolah menengah,kolej hinggalah ke peringkat universiti.
Kumpulan Al-Ikhwah Al-Hasaniah dan Al-Ikhwah Alhusaniah telah menyerlahkan persembahan yang mantap dan bertenaga dan pastinya memberikan saingan yang cukup sengit kepada semua kumpulan yang bertanding.
Keputusan ke peringkat akhir akan diumumkan pada hari Isnin ini dan lima finalis akan berentap ke perngkat akhir di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin,Putrajaya pada 29 Jun ini.Johan bagi pertandingan ini akan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM5.000 dan berpeluang membuat persembahan pada acara Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.
Sama-samalah kita doakan agar pelajar STIAS dapat ke peringkat separuh akhir.Sememangnya pertandingan ini amat bermakna dan berharga kepada pelajar dan sekolah.
Penasihat Yayasan Restu memberikan sepatah dua kata
Hakim memberi sedikit penerangan sebelum pertandingan bermula.