Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Monday, March 23, 2015

“MU’AZ” KEBANGGAAN STIAS (SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA, REMBAU)




     Baru- baru ini pihak Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) telah berpeluang menemubual bekas pelajarnya sendiri.  Mu’az atau nama sebenar beliau Muhammad Mu’az Malizan, 20 tahun kini sedang giat melanjutkan pelajaran di peringkat A level di INTEC EDUCATION COLLEGE, SHAH ALAM, SELANGOR.

    Mu’az yang mendapat keputusan cemerlang 12 A diperingkat SPM, 2012 telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang SAINS AKTUARI.  Bidang sains aktuari bukanlah bidang yang mudah kerana ianya memerlukan seseorang yang mahir dalam ilmu stastistik dan matematik.

     Bagi makluman semua, sains aktuari merupakan suatu bidang yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.  Maklumat lanjut mengenai bidang ini boleh diperolehi  di laman web sesawang berikut (http://www.ukm.my/PSA/KENALAKTUARI.htm)

      Walaupun ianya suatu bidang yang sukar, tetapi  Mu’az merasa  bersyukur kerana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Apa yang lebih membanggakan, beliau turut mendapat keputusan cemerlang di peringkat International Advanced Level baru-baru ini. Ini termasuklah dalam subjek seperti matematik, stastistik dan fizik.



Keputusan cemerlang yang diperolehi bagi International Advanced Level

       Kehidupan yang dilalui sebelum ini selama 4 tahun belajar di STIAS telah berjaya membentuk dirinya menjadi insan yang cemerlang. Walaupun ketika itu jadual seharian dipenuhi dengan kelas dan aktiviti sekolah, namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk lebih berusaha. Apa yang penting menurut beliau,  sebagai pelajar kita perlu mengamalkan belajar berkumpulan. Selain memperbanyakkan latihan  dan menjaga amalan kita sebagai Islam. Sifat putus asa harus dijauhkan sebaliknya percaya Allah sentiasa menentukan yang terbaik.



Gambar kenangan bersama keluarga: Mu'az paling kiri


     Ketika ditanya negara yang menjadi pilihannya untuk melanjutkan pelajaran, Mu’az berkata buat masa kini beliau mahu menumpukan dulu soal pembelajaran. Ini kerana beliau mempunyai kontrak biasiswa bersama JPA untuk bekerja di Malaysia selepas tamat belajar. Syabas dari STIAS!



0 comments :

Post a Comment