Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Sunday, April 13, 2014

PELUANG EKSKLUSIF UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN!!


PELUANG EKSKLUSIF UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN!!

Kolej Islam As-Sofa (no. pendaftaran: DK047(B)) menawarkan peluang untuk membuat diploma selama 2 tahun sahaja dalam jurusan:
  • Diploma Pengajian Islam (Syariah Islamiyyah)
  • Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
Akan datang:
  • Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
DAN, seterusnya peluang untuk menyambung ijazah selama (paling cepat) SATU TAHUN SAHAJA di:
  • Maghribi
  • Sudan
  • Jordan
  • Indonesia
  • atau IPT tempatan
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG UNTUK KEMASUKAN 2 JUN 2014!!
Daftar secara online di www.assofacollege.edu.my/daftarkolej

Atau hubungi:
SMS / WhatsApp: 019-8285019

Apakah syarat kelayakan?
Syarakat minima untuk kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa hanyalah 3 kredit dalam SPM (mana-mana subjek) DAN lulus salah satu subjek pengajian Islam.

Kalau saya tidak pernah belajar Bahasa Arab, layak kah?
Boleh, tidak pernah belajar Bahasa Arab juga boleh masuk. Pelajar yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab akan mengambil satu kelas tambahan pada semester pertama untuk belajar asas Bahasa Arab daripada pensyarah Bahasa Arab yang didatangkan khusus daripada Mesir.

Apakah had umur untuk kemasukan?
Tiada had umur, yang penting memenuhi syarat kelayakan di atas.

Adakah kolej ini telah mendapat pengiktirafan?
Ya, Kolej Islam As-Sofa berdaftar secara sah dengan Kementerian Pelajaran dan telah mendapat sijil pengiktirafan daripada MQA bagi semua program-program yang ditawarkan.

Berapakah yuran pengajian di Kolej ini?
Yuran pengajian di Kolej Islam As-Sofa adalah RM2,500 setiap semester. Ada 6 semester semuanya bermakna jumlah yuran pengajian adalah RM15,000. Yuran asrama pula adalah RM150 sebulan.

Adakah pinjaman disediakan?
Ya, setelah mendaftar, pihak Kolej akan menguruskan permohonan para pelajar untuk mendapatkan pinjaman PTPTN atau MARA. Malah, Kolej Islam As-Sofa juga menawarkan sejumlah biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dan pelajar yang tidak berkemampuan.

Apakah peluang pekerjaan bagi graduan Kolej ini?
Peluang pekerjaan bagi graduan bidang pengajian agama daripada Kolej Islam As-Sofa teramat luas. Para graduan boleh menceburi bidang pendidikan, ekonomi, perundangan, pentadbiran, industri halal, kajian dan penyelidikan, penulisan, pengurusan, kewangan dan perbankan, perniagaan, dan sebagainya.

Apakah lagi keistimewaan di Kolej ini?
Keistimewaan lain di Kolej Islam As-Sofa:
- fasiliti yang sangat selesa
- integrasi pengajian turath dan sistem moden
- pengajian ilmu agama secara bersanad
- peluang bertemu ulama sedunia
- peluang mengkhatamkan sunan sittah
- dapat bertalaqqi kitab-kitab turath
- perpustakaan yang kaya dengan rujukan berkualiti
- kemudahan penginapan, kedai makan, kedai dobi
- akses Internet berkelajuan tinggi
- dan banyak lagi!

Bagaimana untuk mendaftar?
Daftar secara online di www.assofacollege.edu.my/daftarkolej


-----
Kolej Islam As-Sofa
D-1-03, Jalan 16A, Desa Permai,
Taman Dato Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor.
Tel.: 03-42664408
Faks: 03-42665408

0 comments :

Post a Comment