Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Thursday, February 6, 2014

Anugerah Kecemerlangan Kegiatan Dakwah Islamiah Kategori Sekolah Menengah bagi tahun 2013







Rembau 6 Februari 2014 - Alhamdulillah,syukur yang tidak terhingga kepada Allah 'Azza Wa Jalla kerana STIAS telah terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Kegiatan Dakwah Islamiah Kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau 2013.Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Y.Bhg. Pn. Hjh. Kalsom Binti Khalid kepada Pengetua STIAS Rembau Datin Hajjah Yusmawati Bt. Kamaludin.Majlis anugerah ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana PPD Rembau.STIAS merakamkan jutaan terima kasih kepada PPD Rembau atas penghargaan yang telah diberikan.Mudah-mudahan anugerah yang telah disampaikan ini dapat memberi suntikan semangat dan thabat dalam meneruskan kegiatan dakwah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

0 comments :

Post a Comment