Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Monday, September 30, 2013

Penarafan 4 bintang dalam Pemeriksaan Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta 2012 (SKIPS)


TAHNIAH WARGA STIAS REMBAU!!!

Itulah ayat yang terbaik diucapkan kepada semua warga STIAS Rembau 

di atas pengiktirafan empat bintang 
yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta 

semasa pemeriksaan standard kualiti institusi pendidikan swasta pada tahun 2012 yang lepas.

Jutaan tahniah dan syabas kepada pihak pentadbiran,para guru dan pelajar atas usaha gigih selama ini dalam memartabatkan standard pendidikan yang telah diusahakan oleh pengerusi Kumpulan Pendidikan Sofa Al Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin dalam memartabatkan pendidikan berasaskan Al-Quran dan As Sunnah serta mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pada 30 September 2013, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (Penarapan Bintang). Majlis ini telah diadakan di Balai Gadang, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang beralamat di Jalan Dato' Hamzah, Karung Berkunci No.6, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Rembau telah menempa nama apabila terpilih sebagai penerima anugerah bertaraf 4 bintang dalam Majlis Penyerahan Sijil (SKIPS) untuk tahun 2012. Daripada berpuluh-puluh buah sekolah swasta di Negeri Sembilan, STIAS Rembau antara institusi pendidikan di bawah kelolaan Sofa Education Group (SEG) yang termasuk di dalam 11 senarai pencapaian pemeriksaan Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2012. Kejayaan ini menjadi peransang dan titik tolak kepada agensi-agensi lain di bawah SEG untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. STIAS Rembau merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Aliran Agama Swasta di Negeri Sembilan yang berjaya menjadi salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menerima anugerah tersebut. Untuk makluman, hanya 2 buah sekolah sahaja yang mendapat pengiktirafan 5 bintang pada majlis penyerahan sijil tersebut, iaitu Kolej Tuanku Jaafar (Antarabangsa) dan Cempaka International Ladies' College. Aspek yang diambil kira bagi memenuhi kriteria Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah serta P&P berjalan dengan lancar dan tidak ketinggalan. Pengfokusan pemantauan SKIPS adalah seperti berikut : a) Kriteria Pengurusan b) Kriteria Pendaftaran c) Kriteria Kurikulum d) Kriteria Pengajaran & Pembelajaran e) Kriteria Pengurusan Penilaian / Peperiksaan & Kecemerlangan Akademik f) Kriteria Pengurusan dan Pembangunan Guru g) Kriteria Pengurusan Kesihatan Murid h) Kriteria Disiplin i) Kriteria Piawaian j) Kriteria Kokurikulum / Pencapaian Kokurikulum ( 2009-2011) k) Kriteria Kemenjadian Murid l) Kriteria Kebersihan dan Keceriaan