Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Monday, August 19, 2013

KENANGAN RAMADHAN 1434H



Walaupun mungkin agak lewat, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pelajar dan para ibu-bapa serta penjaga..

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,disebutkan dalam sebuah hadis :

قد جاءكم شهر مبارك, تفتح له أبواب السماء وتغلق أبواب الناروسفدت الشياطين

"Telah datang kepada kamu bulan yang mulia,dibukakan pintu pintu-pintu syurga,ditutup semua pintu neraka dan diikat para syaitan".

Ramadhan telah pun meninggalkan kita,kini Syawal sudah menjengah kita.Apakah kita merasa ramadhan yang lalu telah memberikan pengajaran kepada kita?adakah kita telah mampu mendidik nafsu kita?atau kita hanya sekadar menahan lapar tanpa mendapat apa-apa faedah dan pengajaran dari Madrasah Ramadhan yang lalu?

Maka berbahagialah orang-orang yang telah menghidupkan bulan yang dimuliakan oleh Allah dan rasulnya ini.Masuklah anda ke dalam syurga melalui pintu syurga yang bernama Ar-Rayyan sebagaimana disebut oleh nabi kita Muhammad S.A.W :

ان في الجنة بابا يقال له باب الريان يدخل منه الصائم بيوم القيامة لا يدخل منه أحد غيرهم

"Sesungguhnya di syurga terdapat satu pintu yang dinamakan Ar-rayyan,orang-orang yang berpuasa akan memasuki syurga melalui pintu tersebut,tiada sesiapa pun dibenarkan masuk melalui pintu itu kecuali mereka"

Para pembaca yang budiman,

Andai kita tidak menghargai kehadiran Ramadhan yang telah berlalu,maka berdoalah kepada Allah agar kita masih dipertemukan dengan bulan yang mulia ini.Bak kata orang " tutup buku lama,buka buku baru".Syawal pula hadir kepada kita,maka apakah kita masih ingin melepaskan peluang pahala dan syurga yang ingin Allah berikan kepada kita?Sekali-kali kita tidak akan lepaskan!!

Banyak keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dalam bulan ini antaranya, bulan kembali ke fitrah yakni umat Islam diampun semua dosa setelah berjaya menyelesaikan ibadah puasa sebulan penuh dengan jayanya. Menurut Imam at-Tabrani di dalam susunan hadithnya yang turut menyentuh mengenai terhapusnya dosa bagi mereka yang melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal serta fadhilatnya iaitu ‘ sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya dosa seperti hari dia dilahir kan oleh ibunya’. Puasa sunat Syawal sudah semestinya mempunyai hikmat yang amat besar, antaranya dapat menyempurnakan kecacatan yang mungkin terdapat ketika melakukan ibadat puasa Ramadhan.

Maka para pembaca yang bijaksana,apakah kita masih lagi leka?inilah masanya untuk kita memperbaiki kembali ramadhan yang kita sia-siakan,tampunglah ia dengan puasa enam.

Buat anak-snak STIAS,ingatlah madrasah Ramadhan yang telah kita lalui bersama dengan solat,zikir,bacaan Al-Quran,qiyamullail,tazkirah dan sebagainya.Janganlah amalan-amalan tersebut hanya berlaku pada bulan ramadhan tetapi tidak pada bulan lain.Ingatlah wahai anak-anak dan para pembaca,bekalan kita di akhirat masih terlalu kurang.Kita mengharap syurga Allah tetapi kita tidak mahu melakukan suruhan Allah dan perkara-perkara yang disukai oleh Allah.Apakah kita layak?Apakah sudah cukup amalan kita?

Para pembaca dan anak-anak STIAS yang dikasihi Allah,

Hiduplah kita sebagai seorang muslim yang sentiasa memudahkan orang lain,kerana itu nabi Muhammad S.A.W sentiasa bersedekah,tujuannya adalah untuk memudahkan orang lain.Jangan dikecilkan skop sedekah hanya pada bentuk wang,sedangkan kata-kata nabi meluaskan lagi makna sedekah.

"Hadis daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda : setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari setiap kali matahari terbit.Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah,kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah,setiap langkah kamu berjalan menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan raya adalah sedekah "

Maka teruskanlah amalan bersedekah walau dalam apa cara sekalipun,sekiranya ia memudahkan orang lain,ia dianggap sedekah di sisi Allah.Hingga kita bertemu lagi,Wassalam.