Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Sunday, June 23, 2013

Festival Nasyid Jemputan 2013

Sekolah Berasrama penuh Batu Kikir,Jempol,Ngeri Sembilan


Batu Kikir 22 Jun 2013-Pihak sekolah telah menyertai dua pertandingan iaitu Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Marhaban Ya yang dipertandingkan dalam Festival Nasyid Jemputan 2013 bertempat di Dewan Hamka Al-Kubra.

Festival ini turut disertai beberapa buah sekolah dari Pahang dan Selangor serta Melaka.Kumpulan Sautul Maliki menjadi kumpulan pertama yang membuat persembahan di antara sembilan buah sekolah yang bertanding.Pertandingan ini merupakan pertandingan pertama bagi kumpulan ini untuk bertanding antara sekolah-sekolah di luar Negeri Sembilan.Alhamdulillah,persembahan yang ditunjukkan oleh kumpulan ini cukup menarik minat pendengar dengan tepukan gemuruh dan sorakan semangat.



Manakala di Surau SBP Batu Kikir berlangsung juga acara marhaban,sebanyak empat buah sekolah menyertai acara ini.Kumpulan Al-Ikhwah Al-Hasaniah ini telah membuat persembahan dengan begitu mantap  hingga menarik perhatian para hakim dan penonton yang hadir.

Pada jam 11.45 pagi,acara kemuncak bagi festival ini iaitu perasmian majlis dan penyampaian hadiah pun berlangsung.Kumpulan  Al-Ikhwah Al-Hasaniah telah merangkul juara bagi pertandingan Marhaban Ya manakala Kumpulan Sautul Maliki pula mendapat tempat ke empat dari sembilan seklah yang bertanding.