Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Sunday, May 13, 2012

PROGRAM PERMADA (EDISI) BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PMR & SPM




SELASA, 8 MEI – Akhirnya mesyuarat memutuskan program Permata Ayah Bonda Edisi Bengkel Teknik dan Menjawab Soalan PMR dan SPM diputuskan pada  28 hingga 31 Mei 2012 bersamaan hari Isnin hingga Khamis. Program Anjuran Sekolah Tinggi Islam As Sofa terbuka kepada calon-calon PMR dan SPM yang berminat dalam mendalami teknik-teknik dan cara menjawab kertas soalan PMR dan SPM. Objektif program ini adalah, memberi pendedahan khusus kepada para pelajar mengenai teknik dan cara menjawab soalan PMR dan SPM dengan tepat disamping memberi perangsang serta motivasi kepada para pelajar  untuk membangkitkan semangat dalam menghadapi peperiksaan penting. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini,dijalankan di Universiti Teknologi Mara Lendu UiTM (Cawangan Melaka) bagi memberi pengalaman yang baru kepada para pelajar tentang suasana kampus. Penceramah dalam program ini juga merupakan diantara guru-guru pakar dalam subjek masing-masing dan ada diantaranya penggubal soalan serta penanda kertas soalan peperiksaan bagi memantapkan lagi kaedah dalam mendapat markah yang tinggi. Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka boleh terus menghubungi pegawai perhubungan kami di talian:
  • En. Azhani : 0137597963 atau
  • Cik Farhana : 01114794752 atau
  • Pejabat Sekolah: 064383707 / 064450419
Borang pendaftaran juga boleh diperolehi daripada En. Azhani dan Cik Farhana.
Yuran program adalah RM 200 dan boleh dimasukkan ke dalam akaun sekolah iaitu:
Bank Islam Malaysia Berhad: Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (05021010025140)
Selepas membuat pembayaran, pihak penjaga harus menghantar email / fax salinan resit pembayaran kepada pihak sekolah. Alamat email sekolah ialah: maahadassofa@gmail.com dan nombor fax sekolah ialah: 064383711.
Manakala bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dikenakan yuran program sebanyak RM50 sahaja.

0 comments :

Post a Comment