Info Terkini


1. Cuti pulang bermalam 28/4/2017 - 1/5/2017.
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 28/4/2017 selepas solat jumaat.
Kembali semula ke asrama pada 1/5/2017(isnin) sebelum jam 6.00 ptg.

2. Peperiksaan Pertengahan Tahun 11-26 /5/2017

3. Cuti Pertengahan Tahun 27/5/2017- 4/6/2017
Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada 27 /5/2017 (sabtu) bermula 10.00 pagi.
Kembali semula ke asrama pada 4/6/2017 (ahad) sebelum jam 6.00 ptg.

4. Majlis 3 Penjuru (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 23/6/2017 (jumaat) 9.00 pagi
Pelajar dibenarkan pulang selepas berjumpa guru tingkatan.

5. Cuti Hari Raya Aidilfitri.
* Tingkatan 1,2,& 4 :
23/6/2017- 2/7/2017 kembali sebelum jam 6 petang.
* Tingkatan 3 & 5 :
23/6/2017-29/6/2017 kembali sebelum jam 6 petang.

Harap maklum.

#ASSOFAsentiasadihati

Saturday, December 18, 2010

PROGRAM CUTI-CUTI MUHASABAH DIRI

Muhasabah Diri 1: Tepuk Dada Tanya Iman

1. Adakah saya telah mengqasadkan niat saya menuntut ilmu kerana ALLAH?
2. Adakah saya telah membersihkan diri dan jiwa saya daripda sifat-sifat yang buruk dan tercela?
3. Adakah saya telah mengurangkan ...hubungan dengan urusan keduniaan?
4. Adakah saya telah mengamalkan sikap merendahkan diri menerima ilmu yang dipelajari?


Muhasabah Diri 2: Tepuk Dada Tanya Iman

5. Adakah saya telah menjaga dan memanfaatkan waktu dengan sebaik mungkin?
6. Adakah saya telah menjaga adab dengan guru-guru saya?
7. Adakah saya tidak meninggalkan bangun malam?
8. Adakah bertambah ilmu... saya bertambah rasa takut saya kepada ALLAH?



Muhasabah Diri 3: Tepuk Dada Tanya Iman
9. Adakah cukup kesusahan yang saya hadapi ketika menuntut ilmu?
10. Adakah keazaman saya sudah kuat dan saya sanggup bersabar menghadapi segala kesusahan?
11. Adakah saya menghindari diri saya daripada ...terjebak dalam kancah ilmu yang tidak diperlukan?
12. Adakah saya benar-benar bercita-cita menjadi seorang ahli ilmu?

Cuti-cuti ni, muhasabahlah diri anda wahai warga STIAS?

0 comments :

Post a Comment